Boroko Lookout ambil nyawa, mangsa maut tergelincir cuba tiru gambar viral.

instagram.com/solontravel
http://instagram.com/crisindaworld

Pada tarikh 14 Disember 2020, seorang wanita warga Australia berusia 38 tahun maut ketika cuba meniru aksi gambar viral di tebing curam Grampians National Park. Terdapat penghalang dan papan tanda amaran di kawasan kejadian. Namun mangsa dikatakan memanjat penghalang tersebut dan tergelincir ketika menuju ke batu di tengah curam

Lebih menyedihkan, mangsa menemui ajal di depan mata anak dan suaminya. Mangsa tergelincir ke bawah dengan ketinggian 80 meter. Kawasan tumpuan itu ditutup selama 6 jam dari umum semasa proses mencari dan menaikan mayat mangsa selesai. Menurut saksi kejadian, beliau dengar jeritan mangsa namun saksi tidak mampu berbuat apa-apa. 

Harap kita semua dapat mengambil iktibar dari kejadian ini. Ajal maut tak kira waktu. Patuh setiap peraturan yang ditetapkan. 

Sumber : CNN News

Gambar tidak ada kena mengena dengan mangsa kejadian.

Close