Tahniah saya ucapkan kepada warga Masjid Putra, terutamanya Ustaz Haji Ikmal Zaidi bin Hashim, Imam Besar Masjid Putra dan seluruh jawatankuasa Masjid. – Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri@drzul_albakri

Kenyataan YB Dr Zulkifli, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam laman Twitter beliau hari ini.

Gambar solat Jumaat di Masjid Putra kelmarin tular dan mendapat pujian media antarabangsa kerana sifat disiplin dan patuh SOP rakyat Malaysia. Suasana di dalam masjid kelihatan tersusun kemas dimana semua jemaah dilihat menjaga penjarakan sosial masing-masing.

Dr. Zulkifli juga menyatakan keinginan beliau untuk berjumpa dengan petugas-petugas Muslimah untuk mengucapkan terima kasih kerana telah menjalankan tugas dengan baik. Setiap kasut dan selipar disusun kemas dan secara berjarak. Kalau dilihat di dalam gambar, memang sejuk mata memandang.

Tahniah rakyat Malaysia! Tahniah jemaah masjid dan petugas Masjid Putra yang terlibat. Semoga menjadi contoh kepada masjid-masjid lain di Malaysia. #KitaJagaKita

Sumber Gambar : FB Masjid Putra

Baca artikel lain disini.

Close