Kes bunuh diri Jepun meningkat lima bulan berturut-turut. The Japan Times dalam artikel mereka melaporkan kes bunuh diri di Jepun meningkat 11.3% berbanding tahun sebelum. Jepun antara negara yang memegang rekod kes bunuh diri yang tinggi di dunia. Namun kesan pandemik Covid-19 merupakan antara salah satu faktor bunuh diri paling jelas untuk tahun ini.

Pada bulan November sahaja, 1,169 lelaki dan 629 wanita dilaporkan membunuh diri. Kes mengikut wilayah pula, Tokyo memegang rekod tertinggi, 198. Diikuti dengan Kanagawa, 116 dan Saitama, 107 dan lain-lain wilayah. Lebih membimbangkan rekod mendapati terdapat peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan wanita berikutan pandemik yang melanda. Untuk rekod bulan Oktober sahaja, kes bunuh diri di Jepun lebih tinggi berbanding kes jangkitan Covid-19. Terang lagi bersuluh yang depresi adalah pembunuh senyap manusia.

Malaysia pun tidak terkecuali. 266 kes bunuh diri dilaporkan sepanjang 18 Mac hingga 30 Oktober ketika PKP dikuatkuasakan. Dan sebanyak 465 kes cubaan bunuh diri dirujuk kepada KKM bagi tempoh Januari hingga Jun. Banyak faktor yang mendorong kepada kes begini namun faktor kewangan antara punca paling kuat menyebabkan kemurungan atau depresi.

https://www.facebook.com/MMHAOfficial/?tn-str=k*F

Jadi rajin-rajin lah tanya khabar ahli keluarga atau sahabat handai anda tentang keadaan mereka sewaktu musim pandemik ni. Jika anda sendiri dalam masalah, kuatkan diri untuk dapatkan bantuan sewajarnya ya. Dalam fasa ekonomi yang kurang elok, semua orang perlukan moral support kan? Sungguh pun kita tak mampu dari segi wang ringgit, tapi sekurangnya kita dapat membantu dari segi moral dan emosi.

Sumber gambar dan Info : The Japan Times, Malaysian Mental Health Association

Baca artikel lain mengenai Jepun dan dunia disini.

Close