Korean Town Shin Okubo, Tokyo. Dari Tokyo ke Korea tanpa naik flight dalam masa satu hari. Macam mana? Ya kalau nak tahu, di Tokyo ada satu area yang dikenali sebagai Korean Town. Jadi bila berkunjung ke sini umpama kita melawat Seoul, Korea lah senang kata. Segala benda ada dan vibes seperti di Korea.

Korean Town Shin Okubo, Tokyo

Shin Okubo merupakan port lepak golongan remaja di Tokyo. Kalau sebelum ni rata-rata akan habiskan hujung minggu di Shibuya atau Harajuku, kini Shin Okuba menjadi tempat tumpuan bagi mereka yang gila kan K-pop. Mana tidaknya, vibes sebiji macam dekat Seoul. Semua benda berkaitan Korea macam Kpop idol merchandise shops, beauty shop, street food dan groceries pun boleh didapati disini.

K-Pop Idol Merchandise Shop

Terdapat banyak merchandise shop yang menjual records, posters dan merchandise item. salah satunya Show Box

Terdapat banyak merchandise shop untuk peminat-peminat K-pop di Jepun. Oh ya, Japan fans ramai ya disini. Bermacam barangan anda boleh dapat di Shin Okubo, termasuk merchandise items, records, poster dan lain-lain. Contohnya Show Box, bukan je menjual barang-barang menrchandise bahkan kadang jadi tempat K-pop idol punya port meet-up fans dan shows. Kalau jaan-jalan half day disini pun dah puas.

Don Quijote (DONKI)

Siapa tak kenal kedai penguin ni. Yang memang famous dikalangan pelancong. Segala tok nenek barang dijual disini. Yang bestnya selalu ada diskaun yang murah-murah. Kedai DONKI di Shin Okubo berbeza sikit dari tempat lain. Disini kita boleh dapat pelbagai pilihan produk-produk Korea seperti barangan Kosmetik, snacks dan groceries.

Street Food

Banyak gila Korean street food yang dijual disini. Sebab tu saya cakap rasa macam melancong dekat Seoul Korea. Tapi kita sebagai Muslim tak boleh lah sembarang ikut tekak nak makan. Jangan risau, di Shin Okubo pun ada je Islamic street. Yang mana ada menjual makanan halal seperti Turkish food, Indian food dan Indonesian food.

Kedai Halal di Shin Okubo

Halal kebab
Surau untuk singgah solat di bangunan ROSE FAMILY STORE

Anda boleh klik Halal Media Japan kalau nak tahu lebih lanjut port makan halal di Shin Okubo.

Lokasi : Shin Okubo, Tokyo

Route : One station away dari Shinjuku Station

Sumber gambar, Japan Web Magazine, Halal Media Japan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close