Starbucks Jepun Unik dan Instagramable. Satu perkataan untuk rekabentuk dan interior design Starbucks di Jepun. Unik! Siapa yang pernah berkunjung di Jepun pasti setuju kan? Sejak Covid dan pintu antarabangsa tak buka lagi ni, banyak benda terlepas. Diam tak diam rupanya dah ada dua Starbucks store yang baru di Tokyo. Maklum lah, lama dah tak terbang. Tak sabar nak tunggu gate buka dan buka trip ke Jepun semula.

Hana-Biyori greenhouse, Yomiuriland

Terletak di Yomiuriland Amusement Park. Starbucks store terbaru di Tokyo. Mengambil masa lebih kurang 48 minit hingga sejam dari Shinjuku Station guna train. Tambang dalam 290 yen – 530 yen bergantung pada train apa anda naik. Starbucks ni kira tarikan baru di Yomiuriland. Uniknya ia dibina di dalam greenhouse. Jadi kalau bertukar musim pun, still dapat mantain garden yang dipenuhi bunga-bunga segar ni!

Starbucks Shinjuku Gyoen Garden

Ini pun store baru kat Tokyo. Buka dalam Shinjuku garden. Saya ulang! Starbucks ni dalam garden. Tak faham lah kenapa best sangat! Garden ni tempat wajib saya bawa customers setiap kali spring dan autumn. Sebabnya pemandangan time dua musim ni cantik sangat. Lepas ni boleh chilling2 je dekat sini setiap kali bawa trip. Bayangkan sambil hirup coffee, sambil layan view garden? Memang asyikkk

Starbucks Reserve Roastery Tokyo

Okay, ini Starbucks Roastery terpaling favourite saya. World biggest Starbucks Roastery tau, oppss sorry Shanghai. Selain di Tokyo dan Shanghai, Starbucks Roastery pun terdapat di Milan, Seattle dan New York. Bangunan 4 tingkat ni ada macam-macam benda boleh explore. Cantik memang cantik tapi nak masuk dalam ni tunggu turn pun bercinta juga! Ada yang sampai 2 jam masa menunggu tapi yang penting berbaloi lah. Starbucks ni dekat area Meguro City.

Tingkat satu ada bakery and café. Tingkat dua ada Teavana tea room. Tingkat tiga ada tArriviamo cocktail bar. Dan tingkat empat ada lounge area and workshop space. Oh tapi ada juga seat luar mengadap Meguro River. Kalau musim sakura port ni selalu sangat penuh sebab boleh nampak pokok-pokok sakura kat luar tu.

Lokasi : Starbucks Reserve Roastery Tokyo

Train : Station paling dekat Naka Meguro Station (Hibiya Line)

Operation hour : 7am to 11pm (pergi sebelum 9am, atau selepas 6pm kalau nak kurang masa menunggu)

Starbucks Nineizaka Yasaka Chaya, Kyoto

Siapa pernah pergi Kyoto dan ikut laluan building kayu-kayu yang dah berusia 100 tahun untuk ke Kiyomizu-dera tu mesti singgah sini. Terpaling atmospheric bagi i. Lokasi Starbukcs ni terletak di laluan nak ke temple Kyomizu-dera yang famous tu. Dengar kata baru je setahun beroperasi, Starbucks store ni dapat “Kyoto Scenery Award”. Bahkan, Starbucks ni yang pertama di dunia provide tatami seats tau. Diorang ni sangat lah sayangkan traditional culture mereka. Menarik!

Sebenarnya banyak lagi Starbucks store yang unik dan cantik di sana. Ada masa nanti saya buat coretan lain pula.

Kalau dah boleh fly nanti rasanya nanti ada tak yang nak join saya explore Starbucks unik di Jepun? Harus lah kita “Travel on Budget” bersama Jejak Jepun!

Sumber gambar : Japan Web Magazine, Matcha JP, Starbucks Reserve Roastery Tokyo, Yomiuriland

One thought on “Starbucks Jepun Unik dan Instagramable

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close