Tempat solat di Kawaguchiko, Mt Fuji, Jepun. Masjid pertama dibina di Fujikawaguchiko. Fujikawaguchiko Masjid kini telah dibuka pada 8 Nov 2020. Terletak beberapa minit sahaja dengan berjalan kaki dari Lake Kawaguchi. Boleh kata lokasi yang memang dekat dengan tumpuan pelancong. Jika dulu kami hanya solat di kawasan lapang dan bersih sekitar tasik Kawaguchiko, kini dah ada ruang yang lebih selesa untuk solat.

Fujisan Capsule Inn merupakan bangunan asal masjid ni sebenarnya. Tapi kini dijadikan masjid. Lagi pun memang langkah yang wajar sebab setiap tahun bilangan pelancong Muslim yang melawat negara Jepun makin tinggi.

Gambar : Food Diversity

Dikatakan masjid baru ini boleh menempatkan bilangan yang agak ramai untuk memenuhi ruang solat. Namun untuk peringkat awal, hanya ruang solat disediakan. Tempat mengambil wuduk dan toilet masih lagi dalam perancangan. Hopefully bila dah boleh fly nanti, semua kemudahan dah lengkap. Excited betul rasa. Dan dengar kata ada halal food and cafe juga.

Courtesy of halaljapan.com

Tak sabar nak berkunjung ke Fujisan lagi. Lepas je solat kaki melangkah keluar kita dah boleh menikmati pemandangan Mt Fuji yang tersergam indah. Bahkan di area tasik Kawaguchiko ni banyak aktiviti yang disediakan. Anda boleh juga menyewa basikal, menaiki cruise atau cable car untuk menikmati view Gunung Fuji dari pelbagai sudut. Orang kata tak lengkap melawat Jepun kalau tak lihat Gunung Fuji depan mata sendiri. Bagi yang belum jejak ke Jepun lagi, boleh dah menabung dari sekarang! Sungguh pun pintu antarabangsa tak buka lagi, tak salah kita berangan.

Pemandangan dari Kawaguchiko Station
Pemandangan awal musim sejuk

Bila belek gallery, rindunya rasa nak terbang semula. Tapi apa kan daya. Cuma boleh berharap kita semua terhindar dari sebarang penyakit dan jaga kesihatan sementara keadaan masih belum pulih. Bila semua dah okay, kita dah boleh “Travel On Budget” bersama Jejak Jepun! #KitaJagaKita

Untuk info-info menarik lain tentang Jepun, kami sarankan anda baca artikel menarik lain disini.

Sumber gambar lain : Halal Media Japan, Food Diversity, Halal Japan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close