0 Series bullet train pertama di Jepun dan di dunia. Merupakan titik permulaan pembuatan bullet train di seluruh dunia. Jepun telah pun mengeluarkan bullet train pertama pada tahun 1964. Train berkelajuan tinggi yang digelar 0 series ini mula beroperasi untuk destinasi Tokyo ke Osaka.

https://worldwiderails.com/the-iconic-0-series-shinkansen/

Kalau nak tahu, perjalanan Tokyo ke Osaka jika menaiki bas atau kereta boleh memakan masa 8-9 jam bergantung kepada traffic. Sebab tu jika ada group yang nak cover area Tokyo dan Osaka serentak, saya sarankan mereka untuk naik flight atau shinkansen.

https://www.jrpass.com/blog/shinkansen-train-cars-in-japan

Berbalik pada cerita kereta api laju yang pertama di dunia ni. 0 Series ini berkelajuan 130 mph (200kp/h). Dan pembuatan dan pengeluaran 0 Series untuk tujuan komersial ni bermula dari 1964 hingga tahun 1986. Sepanjang 22 tahun itu, banyak jenis train 0 Series ni dikeluarkan. Setiap train mempunyai 12 gerabak. 30 bullet train 12 gerabak telah dikeluarkan oleh beberapa syarikat pengeluaran waktu itu. Kelajuan bullet train pun meningkat dari 130 mph (200kp/h) kepada 137 mph (220kp/h).

Waktu tu, travel menggunakan bullet train ini memang popular dalam kalangan Japanese. Sehingga sekarang pun bullet train merupakan transportation mode yang wajib untuk perjalanan jauh. Cuma harga tiket sehala tu mahal sikit lah. Kadang tu harga domestic flight lagi murah tau. Haha.

https://www.jrpass.com/blog/shinkansen-train-cars-in-japan

Kini 0 Series dah pun pencen atau dalam erti kata lain tidak lagi beroperasi. 0 Series dah stop beroperasi pada tahun 2008. Jadi itu lah serba sedikit pengenalan permulaan kepada bullet train di Jepun. Pada yang belum berpeluang nak cuba naik bullet train, satu hari nanti pasti akan ada rezeki juga. Nanti kita akan buka balik pakej Tokyo – Osaka + Bullet Train. Okay tak okay?

Anda juga boleh baca artikel menarik yang lain.

Mimik Muka Fotogenik Snow Monkeys di Jigokudani Monkey Park.

Boroko Lookout Ambil Nyawa Mangsa Maut tergelincir cuba tiru gambar viral.

Starbucks Jepun Unik dan Instagramable

One thought on “0 Series Bullet Train Pertama di Jepun & Dunia

Comments are closed.

Close