Asahikawa Winter Festival, Hokkaido. Antara festival yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Merupakan festival kedua terbesar selepas Sapporo Snow festival. Berlangsung selama seminggu dalam awal Februari setiap tahun. Tarikhnya lebih kurang Sapporo Snow festival juga.

Setiap tahun tema Asahikawa Winter Festival berlainan tau. Menariknya pelbagai aktiviti boleh kita explore disana. Bukan sahaja boleh melihat sculpture yang diukir dari salji, malah kita boleh enjoy aktiviti seperti ada fireworks waktu malam, ada shows diatas big stage ice sculpture, laser shows dan ada jualan makanan dan minuman.

Untuk pengunjung Muslim, ada juga ruang solat yang disediakan.

Kemudahan pengujung Muslim yang kian mudah dinikmati jika kita ke negara Jeun. Di winter festival ini, disediakan juga ruang solat untuk kita. Yang menariknya, ada snow mosque khas untuk pengunjung yang ingin bersolat. Malah disediakan juga sejadah untuk kita. Menarik kan?

Snow Mosque. Gambar kredit Akihiro Shugo

Giant Ice Sculture

Asahikawa Winter Festival 2020. Gambar kredit Akihiro Shugo

2021 Asahikawa Winter Festival

Festival yang bakal berlangsung pada 6 – 11 February untuk tahun 2021 adalah dibatalkan. Hal ini bagi membendung wabak Covid-19 di Hokkaido. Harapnya tahun depan boleh lah kita terbang semula kan? Walaupun dengan norma baru.

Bagaimana untuk sampai ke sini?

Untuk rujukan masa depan, harap info ini dapat membantu.

Menaiki train

Station terdekat adalah Asahikawa Station. Ada direct trains dari Sapporo station setiap 30 minit. Masa perjalanan dalam 1 jam 30 minit. Jika anda dari New Chitose Airport, anda perlu tukar train do Sapporo station.

Ada free shuttle bus dari Asahikawa Station ke lokasi festival. Anda juga boleh berjalan kaki sejauh 1.4km ke sana.

Menaiki bas

Terdapat bas ekpress dari Sapporo dan New Chitose Airport ke Asahikawa. Masa perjalanan dalam dua jam 30 minit.

Japan, 〒070-0044 Hokkaido, Asahikawa, 常磐公園4044

Baca artikel menarik yang lain.

Ladang Teh Shizuoka Jepun

0 Series Bullet Train Pertama di Jepun & Dunia

Tempat Solat di Kawaguchiko, Mt Fuji

Close