Benarkah tahun 2021 bumi bergerak lebih pantas? Adakah saya seorang je yang merasa tahun 2020 bergerak dengan begitu laju? Pejam celik dah pun masuk ke tahun 2021. Tahun 2020 merupakan tahun yang tiada pencapaian hebat untuk saya dek kerana pandemik Covid-19 ni. Banyak kerja dan perancangan yang tertangguh. Namun apa kan daya, Allah sebaik-baik perancang untuk manusia.

Bumi berpusing lebih pantas pada tahun 2021

“Masa itu emas. Hargai setiap detik yang ada kerna waktu yang berputar itu tidak akan kembali lagi”. Acap kali kita terbaca petikan ini kan? Nampaknya bagi tahun 2021 ini, tiada masa lagi untuk kita meratap sedih dengan apa yang kita lalui sekarang. Ini kerana katanya tahun 2021 bumi akan bergerak lebih pantas dari tahun-tahun sebelumnya. Hal ini akan membuatkan kita terasa masa itu pantas berlalu pergi. Senang kata, hari-hari kian terasa pendek.

Since the Earth has sped up, scientists believe each astronomical day in 2021 will be 0.05 milliseconds shorter, and over the course of the year, it adds up to a 19 millisecond difference.

The Denver Channel.com

Saintis di International Earth Rotation and Reference Systems Service (IERS) turut menyatakan,

“In fact, the year 2021 is predicted to be the shortest in decades. The last time that an average day was less than 86,400 seconds across a full year was in 1937”,

Jones and Bikos 

Jadi, rancang tahun 2021 anda dengan teliti untuk kita hadapi hari-hari mendatang. Teruskan berjuang! Semoga kita semua dibawah lindungan Allah SWT hendaknya.

Teruskan mebaca artikel lain disini.

Ladang Teh Shizuoka Jepun.

Supermarket Halal di Tokyo

0 Series Bullet Train Pertama di Jepun & Dunia

Close