Perpustakaan awam yang direka oleh Kengo Kuma akan dipenuhi dengan buku-buku hasil novelist terkenal Haruki Murakami.

Haruki Murakami, 72 tahun, merupakan penulis terkenal dan disegani di Jepun dan telah merangkul pelbagai anugerah termasuk World Fantasy Award, Frank O’Connor International Short Story Award dan banyak lagi.

Buku-buku beliau laris terjual dalam atau luar negara dan telah diterjemah lebih kurang 50 bahasa. Kini, orang awam boleh berkunjung di perpustakaan awam Haruki Murakami di Tokyo Waseda University pada tahun ini. Haruki juga merupakan alumni di Waseda University.

Kredit Kengo Kuma & Associates

Namun, tarikh sebenar pembukaan perpustakaan ini masih lagi belum diketahui. Dijangka akan dibuka kepada umum dalam musim bunga akan datang ni.

Mungkin nanti bila kita dah boleh terbang semula, saya akan ambil sedikit masa untuk berkunjung ke sini. Tak sabar!

Baca artikel menarik yang lain, Fakta Doraemon Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Close