Internet cafe di Jepun atau dikenali sebagai “manga kissa” dikalangan lokal di Jepun bukan lah sesuatu yang asing. Kalau di Malaysia kita panggil cybercafe. Bezanya di Jepun, internet cafe bukan semata-mata orang datang untuk gunakan komputer dan internet. Malah, disediakan juga ruang untuk tidur. Kalau ada yang terlepas last train selepas kerja, mereka akan duduk disini untuk beberapa jam sebelum first train mula beroperasi.

Ia dibuka 24 jam dan mempunyai ruang “open space” dan “private space”. Untuk private space, anda boleh pilih jenis bilik pula. Ada bilik yang hanya muat untuk seorang. Disediakan komputer dan internet bersama satu kerusi pejabat. Ruangnya memang agak sempit. Dan satu jenis lagi ruang yang boleh muat dua orang, sekali dengan komputer dan internet.

Kemudahan yang disediakan memang menarik. Rata-rata internet cafe disana akan menyediakan;

FREE drink vending machines

Ya, anda boleh dapatkan minuman secara percuma, unlimited.

FEE ice-cream area

Siapa je tak suka benda free kan? Dah lah bagi air percuma, ais-krim pun percuma.

Library untuk pelbagai komik

Rata-rata internet cafe di Jepun turut menyediakan ruang membaca yang selesa. Pelbagai komik yang tersusun rapi diatas rak boleh kita jumpa. Tapi semua dalam bahasa Jepun lah.

Bagi yang menginap satu malam, shower room disediakan dengan bayaran 100yen (setiap cafe mungkin berlainan harga)

Dekat sini boleh mandi. Bayar fee yang ditetapkan dan mereka akan beri set ubat gigi dan berus gigi berserta tuala kecil.

Macam mana nak booking?

Anda tak perlu nak booking online pun. Walk-in sahaja dan rata-rata internet cafe mesti ada kekosongan. Kalau datang ke Jepun sesekali hanya untuk merasa pengalaman itu okay je untuk cuba.

Tinggal berbulan lamanya di internet cafe

Tahukah anda, ramai Japanese yang tidak mampu untuk menyewa bilik sanggup tinggal di internet cafe berbulan-bulan? Ya, ini lah realiti kehidupan sebenar di kota besar Jepun seperti Tokyo contohnya. Korang bayangkan duduk didalam ruang berkotak, buka mata tutup mata cuma nampak sebiji komputer je depan mata. Itu lah pemandangan setiap hari. kalau mental tak kuat, memang boleh kemurungan. Nak lagi best, cuba korang tengok short documentary berdurasi 10 minit ni. Tajuk dia Net Cafe Refugees.

Baca artikel menarik yang lain.

Close