Ladang teh Shizuoka Jepun. Teh ni memang tidak asing lagi di Jepun. Sebut saja “Green Tea” mesti teringat negara matahari terbit tu kan? Jepun kan sangat terkenal dengan teh hijau mereka. Rata-rata penduduk disana pun memang dah biasa minum teh hijau dari kecil. Tengok jelah warga emas di Jepun, sihat tak padan dengan umur!

Artikel kali ni kita nak berkongsi tentang tempat menarik di Shizuoka. Shizuoka ni salah satu wilayah di Jepun. Terletak berdekatan dengan simbolik negara Jepun, iaitu Mt Fuji. Malah ia juga tersenarai dalam World Heritage Site di Jepun.

Jadi, apa yang popular di Shizuoka? Mesti lah ladang teh mereka. Terdapat beberapa ladang teh yang boleh kita kunjungi disana. Malah ramai yang mengatakan sebenarnya Shizuoka ni antara spot yang paling cantik untuk pemandangan Mt Fuji!

Anda boleh stop di beberapa train station di Shizouka dan alami pengalaman berkunjung di ladang teh!

MORIUCHI TEA FARM 

Shizuoka Station – Stop disini untuk ke Moriuchi Tea Farm

Ladang Teh Shizuoka Jepun
Credit instagram @newsweek

20 minit dari bullet train station dengan menaiki teksi. Kita boleh join aktiviti bermula dari production sehingga preparation (picking, steaming and hand-rolling). Lepas tu kita boleh rileks dekat private home diorang yang dah berusia 150 tahun.

MAKINOHARA PLAINS

KAKEGAWA STATION – Stop disini untuk ke Makinohara Plains

Ladang Teh Shizuoka Jepun
Credit instagram @boutique_pao_cha

18 minit menaiki train dari Kakegawa Bullet Train Station dan stop di Shimada Station. Anda juga boleh ke sini jika dari Shizuoka Station (Tokaido Line) dan ambil masa dalam 27 minit.

Ladang ni seluas lebih kurang 5,000 hectares dan dikatakan penghasilannya meliputi 10% di Shizuoka. Besar gila!

KAKEGAWA CITY

KAKEGAWA STATION – Stop disini untuk ke Kakegawa City tea farm

Ladang Teh Shizuoka Jepun
Credit instagram @charmattea

Ladang ni paling mudah! Sampai je station kita tak perlu naik teksi atau train pun. Sesuai bagi yang ada masa yang limited sebab cuma walking distance je. Ia terletak di Tokaido Bullet Train Line.

KAWANE VALLEY – KAWANEHON TOWN

SHIZUOKA atau KAKEGAWA STATION – Stop disini untuk ke Kawane Valley

Ladang Teh Shizuoka Jepun
Credit instagram @shizuoka_keikan

Lokasi ini agak jauh. Tiba je di station Shizuoka atau Kakegawa station, kita kena naik lagi train dan stop di Shin Kanaya Station. Dari sini kita naik pula steam locomotive train. Walau pun dengarnya agak mencabar, tapi percaya lah ia sangat berbaloi. Dalam perjalanan tu kita akan melalui Sumata Gorge and the “the Bridge of Dreams”. Route dia memang unik walaupun total cost perjalanan agak mahal.

Ladang Teh Shizuoka Jepun
Bridge of Dreams. Credit instagram @mintia134

Sumber Explore Shizuoka

Baca artikel menarik.

Supermarket Halal di Tokyo

Japan Winter Illumination

Close