Gempa bumi berskala 7.3 magnitude melanda Fukushima, Jepun pada hari Sabtu, 13 Februari 2021. Namun, tiada amaran tsunami dilaporkan. Gempa ini dikatakan meletus dari kedalaman 55km dari dasar laut perairan Tohoku. 50 orang dari kawasan Miyagi dan Fukushima dilaporkan cedera. Di seluruh negara, sekurang-kurangnya 950,000 rumah tidak mempunyai bekalan kuasa sehingga tengah malam yang terkesan akibat gempa ini.

earthquake.usgs.gov

Penduduk di Tokyo turut merasai gegaran yang mana pusat gempa berada di luar pantai Fukushima, kira-kira 220 kilometer (135 batu) utara Tokyo. menurut agensi meteorologi tempatan, gegaran yang dirasai di Tokyo berada di skala 4. Manakala di Fukushima, ia berada di skala 6 (tahap kedua tertinggi). Gempa bumi ini antara kedua yang terkuat melanda Fukushima selepas gempa bumi dan tsunami pada tahun 2011 (9.0 magnitude).

Keadaan pejabat Kyodo News di Sendai selepas berlaku gegaran | Gambar KYODO
Keadaan sebuah rumah di Koriyama, Fukushima. | Gambar KYODO

Bagi yang tidak tahu, negara Jepun ni terletak di dalam lingkaran api Pasifik, jadi memang disana kerap berlaku bencana alam. Tapi apa pun, diharapkan penduduk yang terkesan tabah menghadapi bencana ini. Doa yang baik-baik untuk mereka.

Sumber : Japan Times

Close