Parkir automatik basikal bawah tanah di Jepun. Di Jepun, rata-rata rakyat mereka hanya berjalan kaki atau menaiki basikal untuk ke train station, pergi pasar atau hantar anak ke sekolah. Penggunaan basikal sebagai mode transportation bagi rakyat Jepun adalah normal. Dengan populasi mereka yang besar dan space yang makin limited, inovasi parkir basikal bawah tanah ini membawa satu manfaat untuk rakyat mereka hari ini.

Giken.com

Ingatkan lift rupanya parkir basikal

giken.com

Bagi kita yang tidak biasa mesti dari jauh ingatkan ia adalah lift. Rupanya pintu masuk parkir basikal! Rekabentuk yang sangat praktikal.

Tak perlu risaukan hujan atau kecurian. Solusi untuk elak pengguna basikal parkir merata-rata.

Teknologi canggih perlu dibayar dengan kos pembinaan dan penyelenggaran yang mahal. Benar! Kos pembuatan parkir automatik bawah tanah ini menelan kos sehingga 150 million yen untuk satu station. Atau dalam 1.5 million USD! Projek ECO Automatic Underground Bicycle Parking oleh syarikat Giken LTD ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2013.

Hari ini lebih dari 50 parkir automatik telah dibina di Jepun dan akan terus berkembang untuk masa akan datang. Misi mereka untuk mewujudkan persekitaran yang lebih lestari. Sedikit fakta tentang Automatic Underground Bicycle Parking by Giken Ltd :

  • Kos pembinaan satu station parking automatic adalah 150 million yen.
  • Mempunyai ruang parkir bawah tanah sebanyak 200 parkir untuk satu station.
  • Hanya 8 saat diperlukan oleh pengguna untuk memarkir basikal atau mengeluarkan basikal dari store penyimpanan.
  • Parkir bawah tanah ini kalis gempa bumi.
  • Bayaran parkir dikira pelan sebulan 1800 yen, untuk pelajar 1300 yen.
Youtube Sankei News

Baca juga artikel menarik yang lain disini.

“Transparent Toilet” di Tokyo

Mimik Muka Fotogenik Snow Monkeys di Jigokudani Monkey Park

Benarkah Tahun 2021 Bumi Bergerak Lebih Pantas?

Close