“Transparent Toilet di Tokyo. Tandas awam berdinding kaca lutsinar di Shibuya Tokyo. Biar betul? Ya, tandas ini merupakan rekaan Shigeru Ban, seorang arkitek yang pernah memenangi Pritzker Prize. Tandas yang berwarna-warni ini bukan sahaja lebih bersih, namun lebih selamat untuk digunakan. Kejap! Gila ke? Mesti lah orang boleh nampak.

Gambar Satoshi Nagare

Tidak sama sekali! Dekat office selalu ada “switchable glass” kan selain glass transparent yang selalu kita nampak sebagai partition office? Jadi, tandas ini juga menggunakan smart glass yang sama. Bila tandas tidak digunakan, kaca akan lutsinar. Namun jika ada orang sedangkan menggunakan tandas, dinding kaca akan berubah opacity level yang mana orang dari luar tidak akan nampak yang didalam. Kaca akan berubah setiap kali pintu dikunci.

Buat masa ini, tiga lokasi project Transparent Toilet telah dipasang di Shibuya sejak Ogos tahun lepas. Dan dijangka 17 buah lagi tandas akan siap dipasang sebelum penghujung musim panas tahun ini. Lepas ini pengguna akan terasa lebih selamat untuk menggunakan tandas awam. Maklum lah, jenayah boleh berlaku dimana-mana sahaja termasuk lah di tandas awam. Jadi adanya “transparent toilet” ni dapat mewujudkan persekitaran yang lebih selamat. Khususnya untuk golongan wanita.

Video : South China Morning

Baca juga artikel menarik disini.

Cantik dan Beracun, Higanbana atau Bunga Red Spider Lily di Jepun

Internet Cafe sisi gelap kehidupan penginap di Jepun

Benarkah Tahun 2021 Bumi Bergerak Lebih Pantas?

Close