Cara isi Proof of Debt (POD) AirAsia refund, tapi tak tahu cara nak isi sebab form ini guna “legal english”. Baca artikel ini untuk panduan mengisi POD Form AirAsia. Sebelum tu, dah ramai yang dah terima email dari AirAsia X kan? Kalau belum, cuba check balik inbox email korang yang berdaftar dengan AirAsia. Pada passengers yang pernah mohon refund bagi penerbangan yang terkesan kerana Covid-19 bertarikh 30 June 2020 dan sebelum, mesti dah terima email ni.

Panduan Mengisi POD Form AirAsia

Jangan abaikan email tersebut kalau korang tak nak ada masalah nak claim refund nanti. Buat segala requirement yang dinyatakan di dalam email. Hantar dokumen yang diperlukan sebelum 7 April 2021.

Panduan Mengisi POD Form AirAsia

Cara untuk isi POD AirAsia seperti berikut,

1. Download POD Form (print it out), catat unik E-filling ID yang diberi di dalam email.

2. Search https://taxinvoice.airasia.com/ untuk carian semula booking information bagi tempahan yang layak di claim.

3. Isi butiran POD form, rujuk gambar dibawah (gambar ini hanya rujukan, untuk kepastian sila rujuk AirAsia).

Panduan Mengisi POD Form AirAsia
Panduan Mengisi POD Form AirAsia
Panduan Mengisi POD Form AirAsia
Panduan Mengisi POD Form AirAsia
Panduan Mengisi POD Form AirAsia
Panduan Mengisi POD Form AirAsia
Panduan Mengisi POD Form AirAsia

4. Lepas dah isi semua butiran, bawa ke Pesuruhjaya Sumpah yang terdekat untuk stamp borang.

5. Pos POD form berserta dokumen sokongan (slip bayaran tempahan, softcopy tempahan tiket penerbangan, transaksi bank) ke alamat AirAsia X Berhad (POD), RedQ, Jalan Pekeliling 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2), 64000 KLIA, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

5. Langkah terakhir, isi link Google Form yang diberikan di dalam email anda.

Agak kecewa bila AirAsia tak berikan panduan pun cara nak isi form ni. Ramai yang pening sebab bahasa yang digunakan adalah “legal english”. Jadi, isi betul-betul dan submit secara hardcopy dan softcopy kepada AirAsia sebelum 7 April.

Semoga membantu!

Sumber : AirAsia, Twitter Joshua Lawson Cowie

Baca artikel lain.

Melancong ke Tokyo : Bangunan Pelik dan Unik

Tips Mudah Rancang Percutian Ke Jepun

Close