Bangunan pelik dan unik di Tokyo? Ada tak yang nak tengok bangunan pelik dan unik yang terdapat disana. Dalam kepesatan bangunan-bangunan tinggi, ada je bangunan yang mempunyai senibina yang sangat “eye-catching” untuk architecture lover. Kali ini kita nak share 5 bangunan yang mempunyai senibina yang pelik di Tokyo.

1. Nakagin Capsule Tower

Merupakan pelopor pertama kepada idea penginapan berkonsep kapsul di Jepun dan serata dunia. Terletak di Shimbashi dan tidak jauh dari Ginza (antara lokasi tumpuan pelancong). Bangunan ini dibina pada tahun 1972, digunakan sebagai apartment dan juga ruang pejabat. Katanya sudah beberapa kali Nakagin Capsule ingin dirobohkan tapi mendapat tentangan dari pencinta architecture. Sayang nak robohkan “masterpiece” yang dah berpuluh tahun terbina. Sehingga kini nasib Nakagin Capsule Tower masih diawang-awangan.

2. Sunnyhills, Aoyama

Taiwanese pineapple cake shop yang ada di kejiranan Omotesando. Unik betul kan? Yang reka ni arkitek Jepun yg terkenal, Kengo Kuma. Kalau lalu mesti terpegun kejap. Inspired by the traditional bamboo baskets. Bau-bauan kayu dan interior design yang berkonsepkan nature memang best kalau nak luangkan masa minum secawan kopi dan sepotong pineapple cake!

3. Mode Gakuen Cocoon Tower 

Terletak di Shinjuku. Merupakan educational hub untuk fashion, IT dan medical services school. Bangunan ini berkonsepkan kepompong. Kenapa pilih kepompong? Bersesuaian dengan fungsi bangunan ini sebagai educational hub, ini lah tempat pelajar-pelajar menimba ilmu untuk cretae, grow and transform.

Weird Buildings in Tokyo

4. The Iceberg, Harajuku

Berlokasi diantara Harajuku dan Shibuya. Siap dibina pada tahun 2006, direka oleh Creative Designers International(CDI). Bangunan ini dulu digunakan oleh Audi Forum, namun kini telah disewa kepada WeWork. The Iceberg, Harajuku mempunyai tujuh tingkat semuanya.

5. Tokyu Plaza Omotesando (Omohara Building)

Bangunan pusat membeli-belah, Tokyu Plaza Omotesando Harajuku. Apa yang unik disini adalah rekabentuk futuristic pintu masuk nak naik escalator ke bangunan enam tingkat ni. Tempat ni memang sesak dengan manusia setiap hari. Omotesando Avenue ni memang terkenal dengan deretan luxurious shopping street. Pelbagai jenama luar negara yang famous ada disini. Sangat berbaloi kalau nak window shopping (sediakan duit lebih takut terbelanja!).

Weird Buildings in Tokyo


 

Sumber : Rethinktokyo.com, reddit.com

Artikel menarik yang lain.

Mengenai Jejak Jepun Travel

Kenapa Perlu Pergi 5 Tourist Attractions Popular Tokyo Ini

Tips Mudah Rancang Percutian Ke Jepun

Close