Tourist attractions popular Tokyo. Kalau kita google, banyak gila tempat-tempat yang boleh kita terjah. Tapi kali ni kita nak share top 5 tempat paling kerap orang pergi jika melancong ke Jepun.

Yang pertama,

Tokyo Attractions

Tak sah kalau tak pergi Mt Fuji. Terletak di pinggir Tokyo. Kalau kita naik bas dari Stesen Bas Shinjuku ke Kawaguchiko, ambil masa dalam 1 jam 45 minit. Setiba di Kawaguchiko Station, kita boleh ambil “Unlimited Sightseeing Bus Pass” untuk explore kawasan sekitar Kawaguchiko. Dapatkan bus map di kaunter pembelian pass dan rujuk peta untuk explore checkpoint yang disenaraikan. Kita juga boleh berhenti di beberapa photospot yang menyajikan view Mt Fuji yang superb! Nak bagitahu siap-siap, jangan kecewa kalau hari anda bertandang ke Mt Fuji, tapi tak nampak pun gunung Fuji tu. Kalau hari hujan, memang tak nampak lah view Mt Fuji tu. Jadi, rancang musim yang sesuai dan rujuk weather forecast sebelum ke Kawaguchiko okay!

Yang kedua,

Tokyo Attractions

Salah satu theme park Disneyland yang ada Cinderella castle tau! Tak silap dekat dunia ni enam negara je yang ada castle dan Tokyo Disneyland antara salah satunya. Tak lupa juga Disney Sea yang berlokasi sebelah-sebelah je dengan Disney Park. Tapi, tiket masuk lain-lain. Kalau nak masuk dua-dua, kena lah beli tiket masuk berasingan. Alang-alang dah sampai Disneyland, kalau korang keluar awal, malam boleh singgah di Odaiba untuk nightlife. Atas sikit dari Disneyland, turun di station Tokyo Teleport.

Yang ketiga,

Tokyo Attractions

Tengok lah senibina Tokyo Station ni. Lawa gila kot! Salah satu hub pengangkutan yang utama di Tokyo. Station ni juga berdekatan dengan Imperial Palace. Dan kalau keluar dari Yaesu Exit, jalan beberapa minit dah jumpa Ginza District. Tokyo station ni bukan lah semata train dan bus station je, bawah station ni ada underground mall (Yaesu Chikagai). Ada lah sekitar 180 kedai bawah tu. 180 kedai? Bawah tanah? Banyakkk tu mat.  

Yang keempat,

Tokyo Attractions

Siapa je yang tak nak pergi Shibuya? Lagi-lagi kalau korang layan Netflix, Alice in Boarderland tu awal scene dah nampak dah building Tsutaya depan Shibuya crossing tu. Dikatakan zebra crossing tersibuk di dunia, bila kita melintas pun rasa serabut dengan manusia yang melintas dari pelbagai arah. Tapi ini lah shot yang palinngggg popular orang upload dekat instagram. View ribuan manusia serentak melintas jalan dalam satu masa. Dekat sini pun korang boleh singgah tengok Hachiko Statue. Siapa yang layan cerita Hachiko; A Dog Story ni kita geng!

Yang terakhir,

Tokyo Attractions

Salah satu landmark popular di Tokyo. Menara berketinggian 333 meter ni merupakan menara komunikasi di Tokyo. Juga berperanan sebagai “broadcast antenna”. Kalau nak naik atas ni kena bayar entrance fee, 1200 yen untuk naik ke observation deck sahaja.

Sekian top 5 tourist attractions popular yang terdapat di Tokyo. Sebenarnya banyak lagi kalau korang google. Apa pun lain kali mungkin kita akan share tempat yang jarang tourist pergi pulak. Andai kata ada info tak cukup untuk korang plan ke Jepun. Boleh terus klik button bawah ni untuk free consultation.

Ada lagi artikel yang menarik korang kena baca.

Mengenai Jejak Jepun Travel

Parkir Automatik Basikal Bawah Tanah Di Jepun

Tips Mudah Rancang Percutian Ke Jepun

Close